Thursday, December 31, 2009

Hepi Besday Adibah!

Tanggal 29 Disember yang lalu cukuplah haul adik saya yang sorang nih - Adibah Abdul Latif - dalam kitaran kehidupan beliau. Semoga dengan bertambah umur ni, maka dikurniakan pertambahan kematangan hidup, dimurahkan rezeki, diberkati kehidupan dan dipanjangkan kebahagian. Alhamdulillah, tahun ini saya rasakan amat bertuah kerana dapat bersama-sama seluruh keluarga menyambut hari ulang tahun kelahiran Adibah nih. Walaupun cubaan untuk memberikan 'surprise' terbantut di pertengahan jalan dek kealpaan menyembunyikan kek hari lahir dia, tapi sambutan yang ringkas tapi bermakna ini dapat diadakan mulai jam 12.30 pagi... hehehe~ Abah saya kata dah macam sambutan tahun baru plak.

Kek untuk Adibah!

Walaupun hanya sebentar dan dalam keadaan yang cukup ringkas, tapi saya rasa ia amat bermakna dan boleh dijadikan antara buah kemanisan dalam perjalanan hidup ini.

Ilmi bersungguh-sungguh makan kek mak dia.

No comments: