Sunday, July 27, 2008

Kepala Afif Retak!

Aku tak tahu bila dan kat mana Afif jatuh. Tapi apa yang penting ialah keputusan x-ray yang aku buat pada 21 Julai lepas ni menunjukkan bahawa ada sedikit keretakan di tempurung kepala Afif. Jadi doktor pun advise aku supaya bawak dia pergi menjalani imbasan CT kat hospital. Kalau dilihat dari ke'aktif'an Afif nih macam tak percaya je yang kepala dia retak. Apa pun aku nak bawak dia buat CT scan - biar puas hati dan tidaklah aku bertanya-tanya ada ke idak blood-clot kat bawah tempurung kepala dia. Actually aku pun tak ada pengalaman dan ilmu pasal keretakan tempurung kepala dan langkah-langkah penyembuhan. Tapi aku adalah ternengok kat satu rancangan di TV3 (medik TV kot.... tak ingat ah, dah lama dah...) yang menyatakan kecederaan dalaman macam kekoyakan otot dan keretakan tulang hanya sembuh secara self-recovery. Maknanya kita cuma perlu pastikan tiada hentakan ataupun pergerakan yang mampu menyebabkan keretakan atau koyakan tu menjadi semula atau menjadi lebih besar dan serius. Aku doakan insya-Allah tak ada apa-apa yang serius berlaku kat Afif.
Takkanlah orang retak kepala boleh naik kambing camni lagi ek?

1 comment:

adibah said...

Afif kan budak kuat......mesti boleh sembuh!!!