Wednesday, November 26, 2008

Mama D'Visit part 2

Ekceli Mama, Dya and Ilmi datang seawal cuti sekolah bermula. Diorang memang dah lama nak datang tido kat umah aku dalam jangkamasa yang agak lama tapi tak berkesempatan. Disebabkan kesibukan kerja, tak banyak masa aku dapat abiskan untuk mereka. Sekadar hujung minggu je la dapat bawak jalan2... ni kira antara gambo2 yang aku tertinggal la nak masukkan... To Dya .... please be my co-writer for this ok!

(mm... bukan senang tau nak dapat menyanyi ngan Mama aku nih.... kira cam sejarah gak la...)

(kebetulan sempat sambut Happy Birthday Dya... sorry dik... cake cikai jer dapat sediakan... heheheh)

(Genting Highland... kota keriangan.... sempat gak la bawak diorang g sini)

(ntahla... aku suka betul ngan gambo ni yang diambil oleh adik aku)


Aku sekeluarga pun nak amik kesempatan nih untuk wish dya a happy "belated" birthday! Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan... amin!

Monday, November 24, 2008

Mama D'Visit

Sempena cuti sekolah ni, Mama, Dya and Ilmi amik kesempatan datang umah aku. Adib n family tak dapat nak join... Iz keje and Adib pulak sibuk pasal nak uruskan PhD dia. 21 - 2a3 November kitaorg amik kesempatan naik ke Genting sempena Sayang ada BSS kat sana. So lepak kat Genting View Resort... kawasan agak sunyi tapi very condusive untuk menenangkan pemikiran.



(ni la apartment yang kitorang duduk 'n' pemandangan dari dalam bilik nih)

Sabtu tengahari kitorang pun mulalah "manjat" ke Genting Highland - Kota Keriangan kononnye. Mama kata last time she been here was approx. 20 over years ago. Kira macam mengimbau kenangan la kat sini. Unfortunately, cuaca tak berapa elok la ... sekejap hujan sekejap terang. Waktu terang tu kitaorang pun layan la sebanyak mana games yang ada. Ni aku sertakan gambo2 yang sempat dirakamkan... Ni waktu mula-mula sampai terus naik monorel. Punya la panjang kena 'Q' tapi rasa lagi panjang waktu datang masa Sayang mengandung Afif dulu. Nak jadi citer.... masa nunggu tu, operator monorel tu ntah mana menghilang sampai 2 trip terlepas... makan gaji buter aper! Tapi bila dah dapat naik tu luper la tension tadi... heheheh...

(Afif 'n' mama dia kat dalam monorail)

(Mak Yah kepuasan selepas puas menunggu giliran nak naik monorel nih!)

Lepas naik monorel, kitaorang trus berjalan ke kawasan outdoor theme park sebab nengok langit cam nak ujan dah. Memang betul pun, baru masuk kawasan tu tak lama trus kena ujan... mungkin brother ni yang panggil kot...

(apahal lu ni tinggi sangat bro?!)

Sementara nak nunggu hujan abis, layan la Afif n Ilmi main games nih...


(Afif n Ilmi le yang paling seronot masa kat Genting ni)

(masa kat game bumper car)

(mama Afif pun nak join gak tapi dah penuh...)

Lepas tu kitaorang g main kat kawasan Dinasorland dan Crazy Spaceship plak. Gambo nanti aku update ye...

Lebih krang kol 6 lebih kitaorang pun berlepas balik ke apartment kitaorang....

Wednesday, October 8, 2008

Eppi Besday Afif and Welcome Muizzul Muttaqin!

Ekceli aku dah post pasal besday Afif ni kat blog aku Warkah Vernakular. But may be ada gambar2 yang adik2 aku ada amik nak masukkan bley ler ek.... Apa pun, thanks to my parents and beautiful adiks... thanks a lot for celebrating Afif 2nd birthday! Nampak sangat yang Afif really enjoy his birthday ceremony especially with his "Mak Yah"....

(Happy birthday Afif yang ke-2 tahun... dan besar tau!)


(Ayah Iz baru nyalakan lilin kat kek tuh... tu tangan dia la tuh)

Another happy news is my sister Adib just delivered her 2nd baby boy last Thursday (if I not mistaken on the 25/9/2008). A very cute boy... and his name is Muizzul Muttaqin which means the strenght of the pious person or dalam malay nyer Kebesaran orang yang Bertaqwa kepada Allah.... amin! Sedap nama tuh... ye lah kan... mak dia kan pandai cakap arab... heheheh! Apa pun congratulation to Iz and Adib for their newcome baby! (also Raya baby ler kot). Semoga menambahkan lagi rezeki dan menceriakan lagi kehidupan kalian berdua!

(saya tengah tido la Pak Lan... jangan la kaco!)

(amik le gambo saya nih... lepas ni jangan kaco saya tido lagi ek!)

Sunday, August 24, 2008

Jekel!

It's a quite long time gak aku tak menulis kat blog ni... busy sket lately. End of July hari tuh sempat gak aku balik JB jenguk-jenguk mama ngan adik-adik aku. Though the holiday was a very short one (Jumaat malam aku sampai, ahad petang balik dah!), I think the gathering was with a good quality. We spent our days together borak-borak and sempat gak jalan-jalan. Unfortunately, tak sempat plak aku nak amik banyak gambar. Sempat amik satu ni jer waktu jalan-jalan kat Jackel. Waktu di adik aku Adib and her husbang dah tak larat nak jalan dah... so waktu tunggu my beloved wife and my mom did their shopping mopping aku pun sempat amik gambo nih....

To all my adik-adik..... post le something wei!!!!! Heheheheheeh......

Sunday, July 27, 2008

Kepala Afif Retak!

Aku tak tahu bila dan kat mana Afif jatuh. Tapi apa yang penting ialah keputusan x-ray yang aku buat pada 21 Julai lepas ni menunjukkan bahawa ada sedikit keretakan di tempurung kepala Afif. Jadi doktor pun advise aku supaya bawak dia pergi menjalani imbasan CT kat hospital. Kalau dilihat dari ke'aktif'an Afif nih macam tak percaya je yang kepala dia retak. Apa pun aku nak bawak dia buat CT scan - biar puas hati dan tidaklah aku bertanya-tanya ada ke idak blood-clot kat bawah tempurung kepala dia. Actually aku pun tak ada pengalaman dan ilmu pasal keretakan tempurung kepala dan langkah-langkah penyembuhan. Tapi aku adalah ternengok kat satu rancangan di TV3 (medik TV kot.... tak ingat ah, dah lama dah...) yang menyatakan kecederaan dalaman macam kekoyakan otot dan keretakan tulang hanya sembuh secara self-recovery. Maknanya kita cuma perlu pastikan tiada hentakan ataupun pergerakan yang mampu menyebabkan keretakan atau koyakan tu menjadi semula atau menjadi lebih besar dan serius. Aku doakan insya-Allah tak ada apa-apa yang serius berlaku kat Afif.
Takkanlah orang retak kepala boleh naik kambing camni lagi ek?

Friday, July 11, 2008

SELAMAT DATANG!

Alhamdulillah... Akhirnya dapatlah aku memulakan blog untuk famili aku berkongsi dan menyimpan memori suka duka bersama. Ye lah... aku nih sejak form 1 dah kuar dari umah (pegi masuk blaja kat asrama la... bukannya lari umah!). Dah la kami ni 3 beradik jer... Aku yang sulong, kedua Diba (kengkawan dia semua panggil dia Adib) dan yang bongsu, Dya Ilham (bukan nama sebenar... dia suka dipanggil dengan nama ni aku tak tau kenaper?). To all my lovely sis... rajin2 ler bantu abang long (actually kitaorg tak pernah ada gelar2 camni... heheh) korang nih update blog kita ni ek....