Saturday, November 21, 2009

Updating

Ogos 2009 - itulah tarikh terakhir aku update blog nih. Selepas kehadiran Asyfa Rania agak sibuk jadual harian ni. Adik-adik pula dah concentrate dalam facebook je so mungkin nak menulis dalam blog ni menjadi satu bebanan teknologi. Diam tak diam dah mula cuti sekolah; kat kuantan pun dah mula musim tengkujuh; Asyfa pun dah masuk 3 bulan dah. Masa berlalu begitu cepat. Atok aku pun dah nampak uzur. Masa begitu cepat berlalu. Kadang kala rasa terduduk bila memikirkan apa yang telah dilakukan dan diperoleh sepanjang masa ini dihabiskan..... benarlah firman Allah "DEMI MASA - SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN"